Piagam Pelanggan

Category: Uncategorised Published: Thursday, 23 January 2020 Written by Administrator

PIAGAM PELANGGAN

KAMI, WARGA SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(1) DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK:

 A. MURID

  • Memberi pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti kepada setiap murid secara adil dan saksama. 
  • Memastikan semua murid mendapat layanan yang adil. 
  • Memberi peluang agar semua murid melibatkan diri dalam bidang kokurikulum dengan aktif. 
  • Mengambil berat terhadap disiplin supaya murid sentiasa berada pada tahap disiplin yang terpuji.
  • Menerapkan nilai-nilai murni supaya murid menjadi ahli masyarakat yang berbudi, berdedikasi, berbudaya penyayang, berterimakasih dan bersemangat kekitaan dengan slogan “SEKOLAHKU RUMAHKU” menjadi amalan.

 B. GURU DAN STAF:

  • Mengambil berat hal-hal yang berkaitan dengan perjawatan, gaji dan kebajikan guru dan staf.

  C. IBU BAPA/ PENJAGA:

  • Melayan mesra setiap ibu bapa /penjaga yang berurusan dengan sekolah serta perkhidmatan kaunter yang ikhlas dan ceria.
  • Menerima, meneliti dan mengambil tindakan terhadap setiap aduan daripada ibu bapa / penjaga.

 D. “STAKE HOLDERS”:

  • Berusaha dan memberi sokongan terhadap program Jabatan Pendidikan WP Putrajaya (JPWPP) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
  • Sentiasa mematuhi dan akur terhadap tugas dan arahan JPWPP, KPM dan bertindak dalam masa yang ditetapkan.
  • Berusaha meningkatkan imej sekolah sebagai SEKOLAH BESTARI LEVEL A dan SEKOLAH SHOWCASE NEGARA yang cemerlang dari kaca mata dunia pendidikan khasnya dan peringkat global amnya.

 E. KOMUNITI

  • Sentiasa bekerjasama dengan PIBG dan komuniti tempatan. Sentiasa bersedia menerima lawatan tetamu dalam dan luar negara dengan layanan mesra, ikhlas, berbudi bahasa dan mencerminkan imej CEMERLANG BESTARI GEMILANG PASTI.
Hits: 4534