Logo Sekolah

Bentuk dan tulisan

  • Bentuk bulat melambangkan kesepaduan segala tindakan, mementingkan perpaduan dan menunjukkan usaha yang berterusan tanpa sempadan.
  • Nama sekolah tertera di sekeliling bahagian dalam bulatan dan angka 2000 bermaksud tahun sekolah ditubuhkan.
  • Bulatan dalam dibahagi kepada tiga ruang bermaksud mementingkan tiga faktor utama kehidupan iaitu Ketuhanan, Alam dan Kemanusiaan.
  • Pembahagian ruang bulatan dalam berbentuk T melambangkan penekanan kepada bidang Teknologi.
  • Bahagian bawah logo yang memuatkan motto sekolah menjadi asas yang kukuh kepada keseluruhan logo. Bahagian ini melambangkan usaha seluruh warga sekolah menjulang wawasan menuju kecemerlangan.

Simbol

  • Simbol MSC menunjukkan sekolah ini merupakan salah satu daripada aplikasi perdana Koridor Raya Multimedia.
  • Simbol pokok bermaksud mesra alam. Simbol tiga tiang bermaksud tiga matlamat utama pendidikan bestari iaitu akses kendiri, terarah kendiri dan kadar kendiri.
  • Simbol buku dan glob bermaksud proses keilmuan tanpa sempadan.

Warna

  • Warna Biru melambangkan keharmonian,. ketenangan, kelembutan dan perpaduan.
  • Warna Hijau melambangkan mesra alam.
  • Warna Emas melambangkan keunggulan